Kerjaya kelab Cristiano_Ronaldo

Sporting Clube de Portugal

Semasa berumur 16 tahun, Ronaldo telah dinaik taraf kepada pemain untuk pasukan utama oleh pengurus pasukan utama László Bölöni, yang tertarik dengan aksi lincahnya[28]. Beliau merupakan pemain pertama kelab yang bermain untuk kesemua pasukan belia termasuklah pasukan bawah-16 tahun, bawah-17 tahun dan bawah 18-tahun serta pasukan senior termasuklah pasukan B dan pasukan utama dalam satu musim[29]. Setahun kemudian, pada 7 Oktober 2002. Ronaldo melakukan debut pertamanya dalam perlawanan liga domestik Primeira Liga, menentang pasukan Moreirense dan menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya menang dengan jaringan 3-0[30]. Sepanjang musim 2002-03, aksi yang ditunjukkan beliau menyebabkan wakil Ronaldo mencadangkan beliau kepada pengurus kelab Liverpool pada ketika itu Gérard Houllier dan presiden kelab Barcelona Joan Laporta[31][32]. Pengurus kelab Arsenal, Arsène Wenger juga sangat berminat untuk mendapatkan Ronaldo, dan pernah mengadakan perjumpaan dengannya di padang latihan Arsenal pada bulan November untuk berbincang mengenai potensi perpindahan[33].

Ronaldo kemudian menarik perhatian pengurus kelab Manchester United, Alex Ferguson pada bulan Ogos 2003, pada ketika itu pasukan Sporting menewaskan United 3-1 dalam perlawanan sulung di stadium Estádio José Alvalade di Lisbon. Prestasi yang ditunjukkan Ronaldo menyebabkan pemain Manchester United berasa kagum, yang mendesak Ferguson untuk mendapatkan khidmat beliau[34]. Ferguson sendiri menganggap Ronaldo yang berumur 18 tahun pada ketika itu sebagai "salah seorang pemain muda paling menarik" yang beliau pernah saksikan[35][36].

Manchester United

2003–06: Pembangunan kerjaya

Ronaldo merupakan pemain Portugal pertama yang menyertai kelab Manchester United di mana beliau menandatangani kontrak sebelum bermula musim liga 2003-04[37]. Yuran perpindahan sebanyak £12.24 juta yang dibayar, merupakan yuran tertinggi bagi perpindahan seorang pemain muda dalam sejarah bola sepak England[38]. Pada awalnya, Ronaldo meminta jersi dengan nombor 28, nombor yang digunakan ketika beliau bersama kelab Sporting, namun begitu beliau diberikan jersi bernombor 7, yang sebelum ini pernah digunakan oleh beberapa bekas pemain United seperti George Best, Eric Cantona, dan David Beckham[39]. Ronaldo menyatakan bahawa memakai jersi bernombor 7 memberikan motivasi tambahan kepadanya[40] dan matlamatnya adalah untuk mengembangkan bakatnya menjadi seorang pemain terbaik dunia dalam masa tiga tahun[41]. Elemen utama yang membawa kepada perkembangan bakat beliau adalah Alex Ferguson itu sendiri, di mana Ronaldo kemudian menyatakan, "Beliau (Alex Ferguson) adalah bapa saya dalam sukan, salah satu faktor penting dan utama dalam karier saya"[42].

Ronaldo semasa perlawanan liga menentang pasukan Chelsea dalam musim ketiganya di England.

Ronaldo melakukan debut beliau dalam liga domestik Liga Perdana Inggeris dalam perlawanan menentang kelab Bolton Wanderers pada 16 Ogos 2003, apabila beliau dimasukkan pada minit ke-60 menggantikan Nicky Butt, dan menerima tepukan gemuruh daripada para penyokong[43][44][45]. Prestasi yang ditunjukkan beliau dipuji oleh pemain lagenda United, George Best, yang menganggap debut Ronaldo sebagai "debut yang paling menarik" pernah disaksikan[46]. Ronaldo menjaringkan gol pertama beliau untuk United dalam perlawanan menentang Portsmouth pada 1 November menerusi sepakan percuma[47]. Gol terakhir yang dijaringkan Ronaldo untuk musim 2003-04 adalah ketika menentang kelab Aston Villa, iaitu perlawanan akhir untuk musim ini, di mana beliau juga menerima kad merah pertamanya[48]. Musim pertama Ronaldo di England diakhiri dengan jaringan pembukaan gol dalam perlawanan akhir Piala FA di mana pasukan United menang 3-0 ke atas pasukan Millwall, dan menerima trofi pertamanya[49].

Bermula tahun 2005, Ronaldo bermain dalam dua perlawanan terbaiknya dalam musim 2004-05, menjaringkan gol dan melakukan bantuan gol menentang Aston Villa dan menjaringkan dua gol menentang pasukan Arsenal[50][51][52][53]. Dalam Piala FA, Ronaldo menjaringkan sejumlah empat gol[54][55][56][57], sebelum menentang Arsenal, di mana beliau bermain selama 120 minit, dan menjaringkan gol penalti dalam penentuan sepakan penalti selepas seri 0-0 selepas tamat 120 minit[58]. Dalam musim 2005-06 pula, Ronaldo menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan liga, menentang Bolton Wanderers[59], Fulham[60] dan Portsmouth[61]. Beliau kemudian menjaringkan gol ke-100 untuk kelab pada 29 Oktober, di mana ianya adalah jaringan tunggal United yang berkesudahan pasukannya kalah 4-1 kepada Middlesbrough[62]. Pada pertengahan musim pula, beliau menandatangani kontrak baru yang menyaksikan beliau kekal bersama United sehingga tahun 2010, langkah penting bagi pembangunan kariernya[63]. Ronaldo memenangi trofi kedua dalam bola sepak England, Piala Liga Inggeris, selepas menjaringkan gol ketiga dalam kemenangan 4-0 ke atas pasukan Wigan Athletic[64].

Musim ketiga Ronaldo di England menyaksikan beberapa insiden. Beliau telah dikenakan sekatan bermain untuk satu perlawanan oleh UEFA berhubung tindakan buruknya terhadap penyokong kelab Benfica[65][66], serta dibuang padang dalam perlawanan menentang Manchester City akibat tindakan beliau yang menendang Andy Cole[67]. Ronaldo juga dikatakan bergaduh dengan rakan sepasukannya, Ruud van Nistelrooy, yang tersinggung dengan perbuatan Ronaldo mempamerkan stail permainan yang menunjuk-nunjuk[68]. Mereka kemudian sekali lagi dilaporkan bergaduh pada bulan Mei 2006, dengan van Nistelrooy memberitahu Ronaldo untuk "menangis di depan bapa kamu", merujuk kepada hubungan di antara Ronaldo dengan penolong pengurus pada ketika itu, Carlos Queiroz[69]. Van Nistelrooy diletakkan dalam bangku simpanan pada perlawanan terakhir musim 2005-06, di mana pasukan United menang 4-0 ke atas Charlton Athletic dan Ronaldo menjaringkan gol ke-9 untuk musim tersebut[70], dan dijual selepas habis musim[71]. Pada kejohanan Piala Dunia FIFA 2006 pula, Ronaldo terlibat dalam insiden perkasaran yang menyebabkan rakan sepasukan kelab, Wayne Rooney dibuang padang[72][73]. Akibat insiden itu, Ronaldo secara terbukanya meminta supaya beliau dijual, mendakwa beliau tidak menerima sokongan yang sepatutnya dari pengurusan kelab[74]. United bagaimana pun, menyangkal berita kemungkinan Ronaldo meninggalkan kelab[75][76].

Pada musim 2006-07 pula, Ronaldo buat pertama kali melepasi jumlah 20 gol walaupun dikecam teruk oleh penyokong England akibat tindakannya terhadap Rooney dalam kejohanan Piala Dunia yang lalu[77], dan memenangi kejuaraan liga beliau yang pertama. Faktor utama kejayaan Ronaldo dalam musim ini adalah latihan seorang ke seorang yang dikendalikan oleh jurulatih pasukan utama kelab, René Meulensteen, yang mengajarnya untuk menjadi seorang penyerang yang susah untuk diramal, memperbaiki mutu kerja berpasukan, selalu meminta bola, dan cuba untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang menjaringkan gol, berbanding hanya menunggu peluang menjaringkan gol di mana corak permainan sebegitu sudah dapat dibaca pihak lawan[78][79]. Pada bulan Disember, beliau menjaringkan dual gol dalam tiga perlawanan liga berturut-turut, menentang pasukan Aston Villa, Wigan Athletic dan Reading[80][81][82]. Ronaldo dinamakan Pemain Terbaik Bulanan liga untuk bulan November dan Disember, dan merupakan pemain ketiga yang memenangi anugerah ini dua kali berturut-turut[83][84].


2006–2007

Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu.
Anda boleh rujuk: Laman PerbincangannyaDasar dan Garis Panduan WikipediaManual Menyunting

Dalam perlawanan suku akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA 2006-07, Ronaldo menjaringkan gol pertamanya untuk kejohanan ini, di mana United menang 7-1 ke atas pasukan Roma, beliau menyumbangkan dua gol dalam perlawanan itu[85][86]. Dalam perlawanan pertama separuh akhir menentang pasukan A.C. Milan, beliau menjaringkan gol pertama United pada minit ke-4, yang berkesudahan United menang 3-2[87], walau bagaimanapun, United tersingkir dari kejohanan ini menerusi agregat setelah Milan menang 3-0 dalam perlawanan kedua di San Siro[88]. Ronaldo juga membantu United ke perlawanan akhir Piala FA, dengan berkeputusan 2-1 ke atas pasukan Watford[89], namun kalah kepada pasukan Chelsea dalam perlawanan akhir yang berkesudahan 1-0[90]. Ronaldo kemudian menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan liga menentang Manchester City pada 5 Mei 2007, gol ke-50 beliau dan membolehkan United memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat pertama kali dalam masa empat tahun[91]. Hasil prestasi yang ditunjukkan membolehkan beliau memenangi sejumlah anugerah selepas tamat musim. Beliau memenangi anugerah Professional Footballers' Association's Player's Player, Pemain dan Pemain Muda Terbaik Tahunan[92], serta Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Penulis Bola Sepak[93], dan merupakan pemain bola sepak pertama yang memenangi kesemua penganugerahan yang dianjurkan oleh PFA dan FWA[94]. Gaji beliau dinaikkan kepada £120,000 per minggu sebagai sebahagian daripada kontrak sambungan lima tahun yang telah ditandatangani bersama United[95].

Ronaldo pada musim 2006–07.

Berita perpindahan Ronaldo telah berlaku pada bulan Mac 2007, Real Madrid yang telah bersedia untuk membawa masuk beliau dengan harga €80 juta (£54 juta), beliau telah menandatangani kontrak selama lima tahun, £120.000 seminggu dengan United pada 13 April, menjadikan beliau pemain tertinggi dibayar dalam sejarah Mnachester United.

Beliau telah dikritik oleh pengurus Gareth Southgate berikutan kekasaran beliau pada Disember 2006 menentang Middlesbrough. Pada 4 Februari 2007, Ronaldo telah didakwa semula berikutan kekasaran beliau ketika menentang Tottenham, Ronaldo lantas marah ketika beliau menjaringkan gol penalti walaupun sedikit terjahan dari pemain sayap Tottenham Steed Malbranque. Selepas kontroversi tersebut, namun Ronaldo telah meraih sejumlah penghargaan peribadi untuk semusim. Beliau memenangi PFA Pemain Terbaik Tahunan dan PFA Pemain Muda Terbaik Tahunan, disamakan dengan Andy Gray (tahun 1977) sebagai satu-satunya pemain untuk menerima penghargaan ini. Pada bulan April, beliau menyelesaikan tiga kali aksi cemerlang untuk mendapatkan PFA Pemain Terbaik Tahunan Pilihan Penyokong. Ronaldo juga adalah salah satu dari tujuh nama pemain Manchester United dalam PFA Pemain Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris.

2007–2008

Ronaldo (tengah) dan Rio Ferdinand meraikan gol

Ronaldo mulakan musim 2007-08 dengan jersi merah yang diduga oleh Portsmouth FC Richard Hughes United selama kejohanan kedua dari semusim, dimana beliau dihukum dengan tiga larangan. Ronaldo berkata dia "banyak mempelajari dari pengalaman dan tidak akan membiarkan pemain" memprovokasi itu di masa depan". Ketika dalam saingan Liga Juara-Juara bertemu Sporting Lisbon, Ronaldo mengalami kecederaan. Beliau telah kembali beraksi ketika Manchester United menjuarai peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Beliau diangkat sebagai naib juara dibelakang Kaka yang memenangi FIFA Ballon D'Or pada 2007 dan ketiga dalam kategori FIFA Pemain Terbaik Tahunan, di belakang Kaka dan Lionel Messi.

Ronaldo menjaringkan golnya yang pertama untuk Manchester United ketika menang 6-0 keatas Newcastle United di Old Trafford pada 12 Januari 2008, membawa Manchester United melonjak takhta puncak Liga Perdana Inggeris. Pada perlawanan ke-20 saingan liga, kemenangan 2-0 keatas Reading telah menyamakan jumlah keseluruhan pada musim 2006-07. [26] Dalam Liga Champion 1-1 putaran pertama yg menarik terhadap Olympique Lyonnais pada 20 Februari, sebuah benda pendukung Lyon terus menerus bertujuan laser hijau di United Ronaldo dan anggota tim Nani, gerak sebuah investigasi oleh UEFA. Satu bulan kemudian, Lyon telah denda CHF 5000 (£ 2427) untuk nuklirnya.

Pada tanggal 19 Mac 2008, Ronaldo menjadi kapten United untuk pertama kalinya dalam kariernya di sebuah rumah menang atas Bolton, penilaian baik tujuan dalam kemenangan 2-0.kedua dari tujuan itu adalah 33rd dari promosi, yang menetapkan baru satu klub-musim merekam penilaian oleh Pemain Tengah dan dengan demikian topped George Best's empat puluh tahun total 32 gol di musim 1967-68.Ronaldo mengukuhkan nilai lain dalam menang 4-0 atas Aston Villa pada tanggal 29 Maret, yang di beri dia waktu 35 tujuan domestik dan 37 di Eropa sama yang baik dan starter pengganti.Ronaldo's terik penilaian coret telah mendapatkan hadiah itu menjadi winger pertama yang memenangkan 2007-08 Golden Shoe Eropa, finishing delapan poin di depan Mallorca 's Dani Güiza.

Dalam Liga Champion 2007-08 terakhir pada 21 Mei terhadap saingan liga Chelsea, Ronaldo nilai yang membuka tujuan setelah 26 menit, yang negated oleh Chelsea equalizer di 45th menit sebagai pertandingan berakhir 1-1 setelah tambahan waktu.Kekasarannya meletakkan hukuman penalti dan menempatkan Chelsea dalam posisi untuk memenangi Piala, tetapi John Terry tembakan luas kanan setelah peluncuran melenggang di permukaan, dan Manchester United menang 6-5 muncul pada hukumanRonaldo yang bernama UEFA Fans' Man dari Match, [32] dan berikan promosi dengan karir-42 tujuan tinggi di semua kompetisi, jatuh hanya empat kekurangan Denis Hukum 's tim merekam tanda-46 pada 1963 -- 64 musim.

2008–2009

Pada 5 Jun 2008, Sky Sports telah melaporkan bahawa Ronaldo sudah memberikan minat untuk berpindah ke Real Madrid jika mereka menawarkan wang yang sama banyak yang mereka telah tawarkan kepadanya dulu dalam tahun yang sama.Manchester United telah mengfailkan satu aduan kepada FIFA pada 9 Jun terhadap dakwaan keatas pengejaran Madrid terhadap Ronaldo, tetapi FIFA telah menolak untuk bertindak terhadap aduan tersebut.Pada tanggal 5 Juni 2008, Sky Sports melaporkan bahwa Ronaldo telah menyatakan minat pindah ke Real Madrid jika mereka yang ditawarkan kepadanya sama jumlah wang yang telah didakwa pasukannya pada tahun sebelumnya.Manchester United mengajukan sebuah sabotase dengan keluhan FIFA pada tanggal 9 Juni atas tuduhan Madrid's jalur Ronaldo, tetapi FIFA telah menolak untuk mengambil tindakan apapun.Spekulasi bahwa perpindahan transfer akan terus berlaku sehingga 6 Ogos, ketika itu Ronaldo bertegas bahwa dia akan tinggal di Manchester untuk paling kurang satu tahun lagi.

Ronaldo menjalani pembedahan buku lali di Academic Medical Center di Amsterdam pada tanggal 7 Julai 2008 yang lalu.Beliau kembali beraksi pada 17 September dalam Liga Juara-Juara Eropah sebagai pengganti Park Ji-Sung, dan nilai awal keseluruhan tujuan dari musim 3-1 di Piala Liga putaran ketiga menang atas Middlesbrough pada 30 Agustus.

Dalam perlawanan menentang Stoke City pada 15 November 2008, Ronaldo menjaringkan goal ke 100 dan 101 dalam semua penyertaan bersama Manchester United. Kedua-duanya melalui sepakan percuma. Jaringan itu menandakan Ronaldo telah menjaringkam menentang kesemua 19 pasukan di Liga Perdana Inggeris pada masa itu. Pada 2 Disember. Ronaldo menjadi pemain Manchester United yang menerima Ballon d'Or selepas George Best pada tahun 1968. Dia mendapat 446 mata, 165 di hadapan Lionel Messi. Dia dianugerahkan Bola Emas selepas menjaringkan dua gol di dalam Piala Dunia Antara Kelab yang telah dijuarai oleh United pada 19 Disember.

Pada 8 Januari 2009, Ronaldo terlepas daripada kecederaan dalam kemalangan kereta Ferrari 599 GTB Fiorano yang dipandu oleh Ronaldo. Kemalangan itu berdekatan dengan Lapangan Terbangan di Manchester. Empat hari kemudian, Ronaldo menjadi pemain Liga Perdana yang pertama dianugerahkan Pemain Terbaik Dunia FIFA. Tambahan pula, ia adalah penerimaan pertama pemain dari Portugal selepas Luis Figo pada tahun 2001.

Ronaldo menjaringkan gol Liga Juara-Juara yang pertama musim ini, dan yang pertama sejak perlawanan akhir menentang Chelsea, dalam kemenangan 2-0 menentang Inter Milan untuk mara ke suku akhir. Dalam perlawanan kedua menentang Porto, Ronaldo menjaringkan gol kemenangan jarak jauh untuk mara ke separuh akhir. Beliau memberitahu kemudian bahawa itu adalah gol tercantik pernah beliau jaringkan. Ronaldo bersaing di perlawanan akhir Liga Juara-Juara, tetapi tidak menyerlah dan United tewas 2-0 kepada Barcelona. Beliau melengkapkan musim dengan beraksi sebanyak 53 kali dan menjaringkan gol sebanyak 26 gol dalam kesemua penyertaan.

Pada 11 Jun, Manchester United telah menerima tawaran £80 juta daripada Real Madrid untuk khidmat Ronaldo selepas sekali lagi meluahkan keinginannya untuk meninggalkan United. Ia telah ditetapkan oleh wakil keluarga Glazer bahawa jualan itu telah diterima olah Ferguson. Bila Ronaldo melengkapkan pemindahannya ke Madrid, dia berterima kasih kepada Ferguson kerana membantunya untuk berkembang sebagai pemain, dengan mengatakan, "Beliau adalah ayah saya dalam sukan ini, seseorang yang paling penting dan berpengaruh dalam kerjaya saya."

Real Madrid

Pada 26 Jun 2009, Real Madrid memberitahu bahawa Ronaldo akan menyertai kelab itu pada 1 Julai 2009, selepas mempersetujui syarat-syarat dan menandatangani kontrak selama enam tahun. Dipercayai bahawa kontrak Ronaldo bernilai €13 juta satu musim. Beliau dipersembahkan oleh Media sebagai pemain Real Madrid pada 6 Juli 2009, dan diberikan jersi nomor 9. Jersi itu diberikan oleh legenda Madrid Alfredo di Stefano. Majlis itu telah dihadiri oleh 80,000 peminat di Stadium Santiago Bernabeu. Kehadiran itu telah melepasi rekod Diego Maradona yang hanya didatangi oleh 75,000 peminat di Itali, waktu beliau berhijrah daripada Barcelona ke Napoli.

2010-11

Dengan pemergian Raul Ronaldo mengambil jersi bernombor 7 milik Raul.Pada 23 Oktober 2010,Ronaldo menjaringkan 4 gol pada perlawanan menentang Racing Santander,jaringan yang paling banyak pernah dia lakukan.Ini melengkapkan 6 gol tanpa henti(3 di La Liga,1 di Liga Juara-Juara Eropah,dan 1 untuk Pasukan bola sepak kebangsaan Portugaldi mana Ronaldo menjaringkan gol dalam setiap perlawanan untuk menjadikan 11 gol,jaringan yang paling banyak dia pernah jaringkan dalam satu bulan.Sebelum Real Madrid mengalami kekalahan 5-0 kepada Barcelona,Ronaldo membuat hatriknya yang ke-2 diLa Liga apabila Real Madrid mengalahkan Athletic Bilbao 5-1.Perlawanan terakhir di La Liga meyaksikan Ronaldo membuat lagi satu hatrik pada perlawanan menentang Levante yang berakhir dengan keputusan 8-0.

Rujukan

WikiPedia: Cristiano_Ronaldo http://www.astroawani.com/berita-sukan/cristiano-r... http://www.espn.com/espn/feature/story/_/page/worl... http://www.espnfc.com/real-madrid/story/3128231/re... http://www.espnfc.com/story/1308495/joan-laporta-b... http://www.eurosport.com/football/liga/2015-2016/h... http://www.goal.com/en/news/12/spanish-football/20... http://www.goal.com/en/news/1717/editorial/2012/03... http://www.goal.com/en/news/91/portugal/2015/01/15... http://indianexpress.com/article/sports/football/l... http://www.marca.com/en/2015/01/03/en/football/rea...